Assalamualaikum..
Hari ni nk cte
pasal drama Adam & Hawa..cite ni da hangat diperkatakan..tapi saya je yang
ketinggalan..tataw pon pasal cite ni..
Bile da taw..saya
terus google..upenye adaptasi dari sebuah novel Adam & Hawa karya Aisya
Sofea..Dulu penah baca cite ni..tp da engat2 lupe..
G kat youtube
dapat tgk 4 episod jeq..Mood:cdeyh!!
Huwaa..ade
upenye..ta sangke..Mood:ePpY~~~
Tiap2 malam
sebelum tidow mesti tengok ulang2..punyelah syoknye la haiii..episod 1-9 mmg
syiok je n feeling habes lah..suwiiittt jeq kan..tapi……………….
Tibe kat episode 10..perh!!memang
menikam kalbu lah.menitis aer mate saya ni ta henti2 sbb sediyh sgt2..Part Ain
kene tangkap khalwat dengan Adam..memang menjadi betullah lakonan Nadiya Nisaa..bile
die nangis otomatik mate saya nip on menangis same..Episod 11 n 12 pon same
jugak..sedeyh!!
ni baru tengok sampai episod 14..ta saba nk tgk sampai episod last episod 80..perh bnyk lg laaa..ta saba nk tgk sampai abes 80 episod..
Sinopsis
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
No comments:
Post a Comment